SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLA JARING MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

24/03/2019

Mesyuarat Pengurus Pasukan

Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Bola Jaring MSSM 2019 telah diadakan pada 23 Mac 2019, jam 9.00 pagi di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Nur Asmara Diana Abdullah, Penyelaras MSSM Bola Jaring, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir di mesyuarat adalah Tuan Hj Azuar bin Hussin, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Encik Adnin Tan bin Abdullah, Ketua Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mesyuarat berjalan lancar dengan taklimat yang disampaikan oleh Cik Tan Choo Zen, Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan WP Kuala Lumpur.













No comments:

Post a Comment