SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLA JARING MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

25/02/2016

MESYUARAT BIL. 2 PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA JARING MSS MALAYSIA - MELAKA 2016

Mesyuarat Bil.2 Pengelolaan Kejohanan Bola Jaring MSS Malaysia 2016 telah diadakan pada 24 Februari 2016, Rabu bertempat di Bilik Mesyuarat Kesidang Jabatan Pendidikan Negeri Melaka yang telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Rashid bin Mohd Sidek, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri.

Tahun ini Negeri Melaka telah terpilih untuk menjadi pengelola kejohanan ini. Pada mesyuarat tersebut juga telah diperkenalkan barisan Jawantankuasa Induk Pengelola dan fungsi Jawatankuasa Kecil yang akan membantu melicinkan perjalanan sepanjang program tersebut berlansung.

Kejohanan ini akan berlansung pada 13 - 16 Mac 2016 dan gelanggang utama yang akan digunakan ialah Dewan Badminton MSN Ayer Keroh dan Dewan SMJK Notre Dame, Jalan Gajah Berang. Sementara itu, asrama penginapan bagi pegawai dan pemain adalah di Sekolah Sukan Negeri SMK Seri Kota, SM Teknik Bukit Piatu dan SM Sains Muzaffar Shah, Ayer Keroh. Kontinjen kejohanan kali ini dijangkakan lebih kurang 700 orang terdiri daripada pegawai, pemain dan pemandu untuk 16 buah negeri yang terlibat.

Ahli mesyuarat mengharapkan agar kejohanan kali ini akan berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. Sebarang maklumat dan berita berkaitan kejohanan akan di kemaskini dari masa ke semasa sepanjang kejohanan tersebut berlansung.






No comments:

Post a Comment