SELAMAT DATANG
02/02/2019
Mesyuarat Pengelolaan Kejohanan Bola Jaring dan Tenis MSSM Tahun 2019
Mesyuarat Pengelolaan Kejohanan Bola Jaring dan Tenis MSSM telah diadakan pada 31 Januari 2019 di Unit Sukan JPWPKL. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Maznah binti Abu Bakar, Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar dan Pudu JPWPKL dengan kehadiran pegawai2 Bahagian KPM, JPN, Pengerusi Teknik, AJK Pegelolaan dan lain-lain.
Lawatan Tapak ke Venue Kejohanan Bola Jaring MSSM
Pada 31 Januari 2019, satu lawatan tapak ke Venue Kejohanan yang dicadangkan iaitu SJKC Lai Meng, Kuala Lumpur telah diadakan oleh PTPS MSSM, bersama-sama Penyelaras MSSM dan semua PTPS Negeri.
Mesyuarat Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Jaring MSSM Bil. 1/2019
Mesyuarat PTPS Bola Jaring kali pertama untuk tahun 2019 telah dilaksanakan pada 31 Januari 2019 di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penyelaras Bola Jaring MSSM baharu iaitu Puan Nur Asmara Diana Abdullah, telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran PTPS Negeri yang amat baik. Antara agenda yang dibincangkan adalah post mortem kejohanan MSSM 2018, perancangan dan pengurusan kejohanan MSSM 2019, pengemaskinian peraturan pertandingan dan undian dalam kumpulan bagi setiap kategori pertandingan.
17/01/2019
Subscribe to:
Posts (Atom)

























